MAJLIS PERASMIAN TAKLIMAT PEGAWAI PENGURUS DAN PENOLONG PEGAWAI PENGURUS PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 13 MAC 2012
|
Pada 13 Mac 2012 Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR telah merasmikan Majlis Taklimat Pegawai-Pegawai Pengurus dan Penolong-Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Sabah. |
KEMASKINI ALAMAT SURAT-MENYURAT TERKINI PENGUNDI TIDAK HADIR LUAR NEGARA
|
Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan telah mendaftar dengan SPR sebagai pengundi pos diminta mengemaskini alamat surat-menyurat di luar negara yang terkini secara atas talian. [sila klik di sini ] |
|
Malaysian Citizens who stayed abroad and registered with Election Commissions as Postal Voters are required to update mailing address via online. [Click Here] |
PEMERAKUAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (DPT) ST4/2011 BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN) PILIHAN RAYA YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN BANTAHAN
|
Pada 20 Mac 2012 SPR telah mewartakan DPT ST4/2011 bagi 205 Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang tidak terlibat dengan bantahan. Ia melibatkan kemasukan sebanyak 188,654 pemilih baru dan 70,936 pemilih yang bertukar alamat masuk ke dalam bahagian-bahagian pilihan raya parlimen yang berkenaan. Untuk keterangan lanjut [sila klik di sini] |
PEMERAKUAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (DPT) ST3/2011 BAGI 15 PARLIMEN DALAM NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU
|
Pada 16 Februari 2012 SPR telah mewartakan DPT ST3/2011 bagi 15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen dalam Negeri Kelantan dan Terengganu yang terlibat dengan proses Siasatan Awam. Ia melibatkan kemasukan sebanyak 17,028 pemilih baru dan 3,858 pemilih yang bertukar alamat masuk ke dalam 15 bahagian pilihan raya parlimen berkenaan. Untuk keterangan lanjut [sila klik di sini] |
PENDAFTARAN PEMILIH BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
|
Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH) . |
PROSES PILIHAN RAYA BEBAS DAN ADIL
|
Pihak-pihak tertentu mendakwa pilihan raya di negara ini tidak bebas dan tidak adil. Mereka yang berkenaan telah menang dalam pertandingan merebut kerusi-kerusi baik di Dewan Rakyat atau pun di Dewan Undangan Negeri. Kita tanya mereka apa yang tidak bebas dan peringkat mana yang mereka kata tidak adil? |
PINDAAN UNDANG-UNDANG TERKINI
![]() |
13 Februari 2012 SPR telah mewartakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 berkaitan proses verifikasi pengundi di Tempat Mengundi dan beberapa proses lain yang berkaitan.Proses ini berkaitan penggunaan dakwat kekal untuk kegunaan Pilihan Raya Umum Ke-13. Untuk keterangan lanjut [sila klik di sini ] |
![]() |
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA Aras 4-5, Blok C7 Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 PUTRAJAYA |
|
|
(603) - 8885 6565 (Urusan Pemilih) |
Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara 2011 © Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia







































