Text Size
Galeri Informasi Pusat Sumber dan Muzium

Pusat Sumber dan Muzium

  

PUSAT SUMBER

1. Sistem Perpustakaan VLIB 

Pusat Sumber SPR sebelum ini, menggunakan Sistem Perpustakaan WinIsis yang diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Winisis merupakan satu pangkalan data perpustakaan yang terdiri daripada bahan seperti buku yang diujudkan oleh UNESCO. Pada bulan Ogos 2008, satu Sistem Perpustakaan Digital Bersepadu yang berlandaskan web sepenuhnya iaitu V-LIB Digital  Library Management System (VLIB)  telah digunakan. Sistem ini membolehkan pangkalan data katalog dan indeks Pusat Sumber SPR dapat diakses melalui laman Web  Pusat Sumber dan juga Internet.  Melalui sistem ini, pengguna boleh mengakses teks penuh kepada artikel daripada keratan akhbar dan juga  mengakses kepada bahan media seperti video/audio secara atas talian.

2. Koleksi bahan : 

Pusat Sumber SPR menyimpan koleksi undang-undang dan peraturan pilihan raya, laporan pilihan raya dan dokumen-dokumen yang berkaitan, buku, laporan tahunan, majalah dan keratan akhbar. Laporan-laporan ini boleh diperoleh untuk rujukan. Senarai laporan mengikut kategori adalah seperti yang berikut:

Undang-Undang dan Peraturan

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan Negeri-Negeri
  • Akta Pilihan Raya 1958
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
  • Peraturan-Peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
  • Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 1971
  • Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya Sarawak 1971
  • Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya Sabah 1971
  • Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002
  • Peraturan-Peraturan (Undi Pos) Pilihan Raya 1959
  • Peraturan-Peraturan (Undi Pos) Pilihan Raya Sabah dan Sarawak 1968
  • Peraturan-Peraturan (Undi Pos) Pilihan Raya 2003


Laporan Pilihan Raya

  • Laporan Mengenai Urusan Ulangkaji Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Sarawak 1977
  • Keputusan Pilihan Raya Umum 1978
  • Keputusan Pilihan Raya Umum 1978 Bahagian Parlimen
  • Keputusan Pilihan Raya Parlimen Negeri Sarawak 1982
  • Laporan Pilihan Raya Umum 1982 Bagi Negeri Pulau Pinang
  • Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982
  • Laporan Pilihan Raya Umum DUN Negeri Sarawak 1983
  • Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan DUN 1986
  • Laporan Pilihan Raya Umum DUN Negeri Sabah 1987
  • Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1986
  • Laporan Pilihan Raya Umum DUN Negeri Sarawak 1987
  • Laporan Pilihan Raya Kecil 1988
  • Laporan Pilihan Raya Kecil 1989
  • Keputusan Pilihan Raya Parlimen dan DUN 1990
  • Laporan Pilihan Raya Umum DUN Negeri Sabah 1990
  • Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1990
  • Laporan Pilihan Raya Umum DUN Negeri Sarawak 1991
  • Keputusan Pilihan Raya DUN Negeri Sarawak 1991
  • Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995
  • Keputusan Pilihan Raya Parlimen dan DUN 1995
  • Keputusan Pilihan Raya Parlimen 1995
  • Laporan Pilihan Raya Umum 1995
  • Laporan Ringkas Pilihan Raya Kecil DUN Negeri Sabah Bahagian Pilihan Raya N.38 Sipitang dan N.48 Sulabayan
  • Laporan SPR Mengenai Urusan Mengulangkaji Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sarawak


Risalah Pilihan Raya

  • Urusan Pendaftaran dan Penyemakan Daftar Pemilih (setiap tahun)
  • Panduan Kepada Pengundi Semasa Pilihan Raya


Laporan Tahunan

  • Laporan Tahunan 1995


Buku

  • Undang-Undang
  • Komunikasi
  • Komputer
  • Perintah Am / Pekeliling
  • Kamus
  • Ensiklopedia
  • Tokoh
  • Ekonomi
  • Sejarah
  • Motivasi
  • Panduan Calon
  • Laporan dan Penyata
  • Agama


Majalah

  • Berita / Buletin SPR dan lain-lain

Keratan Akhbar

Pusat Sumber SPR menyimpan keratan akhbar mengenai semua perkara yang berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia dan di luar Negara. Buat masa ini kesemua keratan-keratan akhbar tersebut di simpan secara manual di dalam fail dan sedang dalam proses pertukaran ke format digital (pdf) agar boleh diakses secara online melalui Sistem Perpustakaan VLIB.

3. Perkhidmatan Pusat Sumber SPR


Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber SPR adalah seperti  berikut :

  1. Pinjaman
  2. Rujukan
  3. Perujukan
  4. Pinjaman Antara Perpustakaan (Inter Library Loan) 


4.Kemudahan

a. Internet. Pelanggan boleh menggunakan kemudahan Internet untuk mencapai bahan daripada Internet dan juga e-mel. Pusat Sumber SPR menyediakan komputer untuk penaipan dan mencetak . Pelanggan juga boleh menggunakan komputer Pusat Sumber SPR  untuk membaca CD-ROM multimedia dan sebagainya. Pusat Sumber SPR SPR mempunyai  6 buah komputer, 3 buah   untuk kegunaan  pelanggan dan 1 buah di tempatkan di kaunter dan 3 buah untuk tugasan staf Pusat Sumber SPR.

b. Mesin pengimbas (Scanner). Mesin ini disediakan 1 unit untuk pelanggan Pusat Sumber SPR.

5.Siapa yang layak meminjam

Semua warga SPR yang telah mendaftar menjadi ahli Pusat Sumber SPR layak meminjam bahan kecuali bahan yang di kategorikan sebagai Rujukan, Terhad dan Koleksi Khas SPR. Ahli yang berdaftar diminta menunjukkan Kad Ahli kepada kakitangan bertugas, setiap kali mereka ingin meminjam bahan atau menggunakan kemudahan yang disediakan.

Pengguna yang bukan warga SPR hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja.

Bagi penyelidik daripada luar, mereka perlulah mendapatkan kebenaran dari Pihak Pengurusan SPR untuk membuat kajian dengan mengemukakan surat dari organisasi/kementerian/institusi yang menaungi kajian.

6.Bagaimana untuk membuat pinjaman?

Pinjaman boleh dibuat melalui beberapa cara, antaranya :

  • Datang sendiri ke Pusat Sumber
  • Tempahan bahan melalui emel/telefon
  • Tempahan melalui atas talian (online reservation) yang boleh  dilakukan melalui Sistem Perpustakaan VLIB.

MUZIUM MINI SPR

1.Sejarah Penubuhan Muzium Mini SPR

Muzium Mini SPR ini telah dirasmikan pertama kalinya oleh Pengerusi SPR ke-4 iaitu Y. Bhg. Datuk Harun Din  pada 24 Oktober 1998.

Muzium Mini ini mempamerkan sejarah penubuhan SPR dan evolusi proses pilihan raya Negara ini sejak kemerdekaan. Ia juga mempamerkan koleksi artifak peralatan pilihan raya dan dokumen-dokumen yang mempunyai nilai sejarah. Dengan wujudnya galeri ini, ia diharapkan meningkatkan lagi imej SPR melalui pameran sejarah demokrasi dan pengurusan pilihan raya di Malaysia dan mendidik masyarakat umum tentang peranan mereka dalam amalan demokrasi melalui pilihan raya.

Hasil dari kesedaran penubuhan Muzium Mini ini, Sempena 50 tahun sambutan Jubli Emas SPR 1957-2007, satu pameran bertajuk “50 tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia telah diadakan di Galeri 2, Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2007 hingga 6 januari 2008. Pameran yang julung-julung kalinya yang diadakan oleh SPR ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Ab. Rashid bin Ab. Rahman, Pengerusi SPR. Setelah itu pameran yang sama juga telah diadakan di Balai Sheikh Al-Hadi, Bastion House di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Melaka dari  16 Februari 2008 sehingga 27 Julai 2008. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Hj. Mohd Khalil bin Yaakob.

2.Objektif

Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik, menghimpun, merekod segala bahan dan artifak mengenai proses pengurusan pilihan raya di Malaysia bermula dari seawal tahun 1959.

Untuk memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat umum terhadap perkembangan sejarah pilihan raya di Malaysia.

Menjadikan  salah satu tempat rujukan dan lawatan kepada orang awam.


3.Kandungan Galeri Muzium Mini SPR

Di dalam galeri ini dapat dipersembahkan dengan penerangan ringkas kepada umum mengenai sejarah penubuhan dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Kronologi Sejarah Demokrasi Pilihan Raya di Malaysia serta evolusi dalam pengurusan Pilihan Raya Umum yang pertama sehingga terkini iaitu Pilihan Raya Umum ke-12. Tayangan filem-filem Dokumentari Pilihan Raya yang pertama kali diadakan di malaya pada tahun 1959 dan lagu-lagu Pilihan Raya dapat dipertontonkan kepada umum bagi mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang revolusi dalam Pilihan Raya di Malaysia.

4.Program Pendidikan Muzium Mini

Khidmat penerangan dan lawatan berpandu.

Tayangan Audio Video filem-filem dokumentari koleksi SPR.

Alamat Pusat Sumber dan Muzium Mini SPR

Seksyen Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam,
Suruhanjaya pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5 Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62690 Putrajaya.

Tel  : 03-8885 6500 (Pejabat Am)
  03-8885 6510 (Pusat Sumber/ Muzium Mini)
Faks:  03-8888 9117

Waktu Lawatan

Dibuka pada hari bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
(Tutup pada Hari Sabtu dan Ahad)

Bayaran Masuk

PERCUMA

Pegawai Untuk Dihubungi

1.
Puan Yusnita Elinda Binti Yusoff
Penolong Setiausaha (KPA) 3
   
2.
Nor Hasni Hassan
Pembantu Perpustakaan Kanan
   
3.
En. Mohd Nizam bin Othman
  Pembantu Muzium