Text Size
Galeri Informasi Fakta Pilihan Raya Keputusan Pilihan Raya Kecil Selepas PRU-12

PILIHAN RAYA KECIL N.29 BATANG AIR

PILIHAN RAYA KECIL N.29 BATANG AIR


Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Air, Sarawak diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya iaitu Y. B Datuk Dublin Unting Anak Ingkot pada 24 Februari 2009. SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 4 Mac 2009 telah menetapkan tarikh-tarikh pilihan raya seperti berikut :-

(i) Tarikh Kekosongan : 24 Februari 2009
(ii) Tarikh Writ dikeluarkan : 4 Mac 2009
(iii) Tarikh Pengeluaran Notis : 6 Mac 2009
(iv) Tarikh Penamaan Calon : 29 Mac 2009
(v) Tarikh Pengundian : 7 April 2009

Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 5 Mac 2009 yang mengandungi 8006 orang pemilih, terdiri daripada 7963 pemilih biasa dan 43 pemilih pos.

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)

kembali