Text Size
Persempadanan Latar Belakang

Latar Belakang

KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA
 

Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti. Dalam menjalankan kajian berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara. Sehingga kini, sebanyak 8 kali urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri telah diadakan.

 
TEMPOH KAJIAN SEMULA
 

Suruhanjaya Pilihan Raya dibenarkan menjalankan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya hanya selepas 8 tahun dari tarikh selesainya kajian yang terdahulu. Setiap kajian semula mesti diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh ia bermula. Lazimnya, urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dijalankan serentak di semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.